Tuesday 27 November 2012

Permainan Tradisional Di Malaysia


"Getah Atas Para"

1. Getah Atas Para
  • Permainan individu ini sering dimainkan oleh kanak-kanak lelaki.
  • Hanya memerlukan kawasan gelanggang yang sederhana luas.
  • Tidak memerlukan banyak peralatan. Selain kayu yang dibenamkan ke dalam tanah, setiap pemain perlu memiliki getah induk masing-masing.
  • Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li tam plong'. Seterusnya menggunakan kaedah 'wan tu som' bagi penentuan pemain terakhir.
  • Setiap pemain meletakkan getah taruhan masing-masing di atas para.
  • Pemain giliran pertama melakukan bidasan menggunakan getah induk.
  • Getah yang jatuh; diambil menjadi miliknya.
  • Getah yang mengena para tidak boleh diambil. Dibiarkan begitu saja.
  • Setiap pemain berusaha mengambil getah taruhan bagi menambahkan koleksi masing-masing.

"Ketinting Kapal Terbang"



2. Ketinting Kapal Terbang
  • Kanak-kanak perempuan menggemari permainan individu ini.
  • Membuat gelanggang permainan dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.
  • Selain gelanggang, setiap pemain mestilah memiliki 'gundu' masing-masing.
  • Melakukan penentuan giliran.
  • Pemain pertama memulakan ting-ting.
  • Selesai melakukan pusingan pertama, lalu mencampak gundunya di petak kedua.
  • Giliran setiap pemain bertukar-ganti apabila pemain utama berstatus 'mati'.
  • Pemain yang berjaya memiliki rumah paling banyak dianggap sebagai pemenang.




"Ketinting Buku"





3. Ketinting Buku
  • Permainan ini merupakan kegemaran kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki.
  • Selain aturan permainan, gelanggang bagi ketinting ini juga berbeza daripada ketinting kapal terbang.
  • Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li tam plong' dan seterusnya 'wan tu som'.
  • Kesemua pemain meletakkan gundu masing-masing di petak pertama.
  • Pemain pertama memulakan permainan. Gundunya dikutip ketika berada selari dengan kedudukannya.
  • Sebelum membina rumah, pemain perlu melakukan imbangan gundu terlebih dahulu.
  • Semasa mencampak gundu untuk membina rumah, pemain mestilah membelakangi gelanggang permainan.
  • Setiap pemain berusaha untuk memiliki rumah sebanyak mungkin.





"Batu Seremban"









4. Batu Seremban
  • Kanak-kanak perempuan memonopoli permainan ini.
  • Guli, batu kerikil sederhana besar, biji getah atau pundi-pundi kecil dijadikan sebagai buah.
  • Pemain utama memulakan permainan dengan cara menaburkan buah seremban.
  • Jika ada buah yang bersentuhan, maka status pemain ini dianggap mati.
  • Setiap peringkat buah adalah berbeza mengikut urutan aturan yang telah ditetapkan.
  • Bermula dari buah satu hinggalah kepada buah terakhir yang juga dikenali sebagai buah 'king'.
  • Kemudian melakukan imbangan buah bagi mendapatkan mata.
  • Pemain yang berjaya memperolehi mata paling tinggi dikira sebagai pemenang.

"Aci Sorok"







5. Aci Sorok
  • Kanak-kanak lelaki dan perempuan menggemari permainan individu ini dan mereka bermain bersama-sama.
  • Undian dilakukan untuk mendapatkan seorang pemain yang berperanan sebagai pencari. Manakala pemain lain dikenali sebagai awak-awak.
  • Tiang atau pokok dijadikan rumah induk untuk pencari membuat kiraan.
  • Pencari memulakan permainan dengan cara menutup matanya sambil membuat kiraan dari 1 hinggalah ke-100.
  • Sejurus selesai membuat kiraan, pencari memulakan pencariannya.
  • Pencari mestilah menyebut nama pemain diikuti sebutan 'ibu' apabila berjaya menjumpai salah seorang pemain.

"Cari Cucu"






6. Cari Cucu
  • Permainan ini amat menyeronokkan dan ianya menjadi kegemaran kanak-kanak lelaki dan perempuan.
  • Sebatang kayu dijadikan sebagai tongkat dan sehelai kain atau sapu tangan digunakan di dalam permainan ini.
  • Undian dilakukan bagi mencari seorang pemain yang berperanan sebagai nenek. Manakala pemain lain dikenali sebagai cucu.
  • Kesemua cucu berpegangan tangan antara satu sama lain untuk membentuk satu bulatan.
  • Sambil mendendangkan lagu, kesemua cucu bergerak mengelilingi nenek yang berada di tengah-tengah bulatan.
  • Sejurus selesai cucu mendendangkan lagu, kini giliran nenek pula menyanyikannya.
  • Nenek mula mencari individu cucu yang berada di sekelilingnya.

"Galah Panjang"








7. Galah Panjang
  • Permainan berkumpulan ini merupakan kegemaran kanak-kanak lelaki.
  • Membuat gelanggang dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.
  • Setiap kumpulan terdiri dari 3 pemain awak-awak dan 1 pemain sebagai ketua kumpulan.
  • Apabila salah seorang pemain penyerang berjaya disentuh, maka kumpulan ini dikira 'mati'.
  • Pertukaran giliran dilakukan dan pasukan pertahanan mengambil peranan sebagai pasukan penyerang pula.
  • Pemain penyerang yang berjaya melepasi garisan dan berjaya tiba di garisan penamat dianggap memenangi pusingan ini. Satu mata diberikan kepada kumpulan ini. 
  • Kumpulan yang berjaya memungut mata paling banyak dianggap sebagai pemenang.

"Guli"








8. Guli
  • Permainan individu ini sering dimainkan oleh kanak-kanak lelaki.
  • Setiap pemain perlu mempunyai beberapa guli taruhan dan sebiji guli induk.
  • Satu bulatan digoreskan di atas tanah. Kesemua guli taruhan diletakkan di dalam bulatan.
  • Pemain pertama memulakan permainan dengan cara melontar guli induknya dan disasarkan ke arah guli taruhan yang berada di dalam bulatan.
  • Guli taruhan yang keluar dari bulatan dikutip menjadi miliknya. Manakala guli induk tidak boleh disentuh atau diambil.
  • Sekiranya guli induknya tersangkut di dalam bulatan, maka status pemain ini dikira mati.
  • Pemain yang berjaya menambah koleksi guli masing-masing dianggap sebagai pemenang.

"Jala Itek"







9. Jala Itek
  • Permainan ini menjadi kegemaran kanak-kanak lelaki dan perempuan. Malah mereka bermain bersama-sama.
  • Dua orang pemain dilantik sebagai ketua dan mereka dikehendaki mencari ahli kumpulan masing-masing.
  • Setiap ketua memilih nama samaran masing-masing. Hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya.
  • Kedua-dua ketua berdiri secara berhadapan sambil memegang tangan masing-masing dan diangkat sedikit ke atas.
  • Sambil mendendangkan nyanyian, awak-awak berjalan di bawah tangan kedua ketua tersebut.
  • Pemain yang ditangkap dikehendaki memilih nama samaran. Jika pemain memilih nama samaran ketua pertama, maka pemain ini menjadi ahli kumpulannya.
  • Setelah setiap kumpulan mempunyai ahli masing-masing, kemudian melakukan adu kekuatan. Kumpulan yang berjaya menarik masuk kumpulan lawan ke kawasannya dianggap sebagai pemenang.

"Konda-Kondi"








10. Konda-Kondi
  • Kanak-kanak perempuan kurang menggemari permainan berkumpulan ini.
  • Melakukan undian untuk mendapatkan giliran sebagai pemain kumpulan utama dan pemain kumpulan kedua.
  • Lubang dikorek di atas permukaan tanah. Pemain utama meletak kayu anak melintangi lubang. Lalu menguis kayu anak menggunakan kayu ibu.
  • Pemain kumpulan kedua berusaha menangkap kayu anak yang melambung di udara.
  • Jika kayu anak berjaya disambut, maka kumpulan utama dikira mati. Giliran permainan bertukar. Kumpulan kedua akan mengambil peranan sebagai kumpulan utama pula.
  • Meneruskan permainan pada tahap dua. Pemain utama memukul kayu anak.
  • Pemain utama berusaha menghalang kayu anak yang dibaling oleh pemain kedua.
  • Mata dikira dengan cara membaringkan kayu anak menghala ke arah lubang.

"Sepak Raga"








11. Sepak Raga
  • Selain kanak-kanak lelaki, lelaki dewasa juga menggemari permainan ini.
  • Sebelum memulakan permainan, sebiji sepak raga yang diperbuat daripada rotan diperlukan.
  • Kesemua pemain berdiri dan membentuk satu bulatan.
  • Salah seorang pemain memegang bola raga, lalu melambung ke arah rakannya. Pemain menimang bola sekali atau beberapa kali sebelum menendang ke arah rakannya yang lain.
  • Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran menimang bola agar ianya tidak jatuh ke tanah.
  • Jika bola jatuh ke tanah, salah seorang pemain mengutipnya, lalu melambung ke arah rakannya.

"Baling Tin"








12. Baling Tin
  • Permainan berkumpulan ini dimainkan bersama oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan.
  • Melakukan undian terlebih dahulu untuk penentuan giliran sebagai pemain kumpulan utama dan kumpulan kedua.
  • Sebelum memulakan permainan, tin disusun terlebih dahulu.
  • Pemain daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling bola ke arah tin.
  • Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua tin.
  • Jika pemain berjaya menjatuhkan kesemua tin, maka tugas pemain kumpulan kedua adalah membaling bola ke arah pemain kumpulan utama untuk mematikannya.
  • Sekiranya pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula tin, maka kumpulan ini dianggap memenangi permainan pada pusingan ini.

"Susun Selipar"








13. Susun Selipar
  • Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan mereka bermain bersama-sama.
  • Peralatan yang diperlukan adalah 3 belah selipar dan sebiji bola tenis.
  • Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling bola ke arah selipar yang telah disusun.
  • Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua selipar.
  • Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan melontar bola bagi menjatuhkan baki selipar yang ada.
  • Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan bola dan disasarkan ke arah anggota badan kumpulan utama.
  • Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula kesemua selipar tersebut.

"Main Tikam"






14. Main Tikam
  • Permainan individu ini amat popular di kalangan kanak-kanak lelaki.
  • Kanak-kanak duduk bersila atau bersimpuh semasa melakukan permainan ini.
  • Alatan tikam dilambung ke udara. Setiap pemain mestilah mahir mengawal alatan tikam agar ianya jatuh terpacak di atas permukaan tanah yang gembur.
  • Jika alatan tikam jatuh tanpa terpacak, maka pemain ini dianggap mati.
  • Setiap pemain melakukan permainan ini mengikut tahap yang telah ditetapkan.
  • Pemain yang berjaya menamatkan kesemua tahap permainan dianggap memenangi permainan ini.

"Dam Aji"







15. Dam Aji
  • Permainan strategi ini dimainkan secara individu. Selain kanak-kanak lelaki, lelaki dewasa juga menggemari permainan ini.
  • Permainan ini dimainkan di kawasan anjung rumah. Manakala lelaki dewasa lebih gemar bermain di kedai kopi sambil berbual kosong.
  • Setiap pemain berusaha mengalahkan lawan masing-masing dengan cara memakan buah dam lawannya.
  • Permainan ini mengambil masa yang agak lama kerana setiap pemain perlu berfikir dan berupaya memerangkap pihak lawan bagi mengalahkannya.
  • Pemain yang berjaya memakan kesemua buah dam milik lawannya dianggap memenangi permainan ini.
  • Status seri juga boleh berlaku jika kedua-dua pemain gagal mengalahkan lawan masing-masing.

"Aji Terbang"






16. Aji Terbang
  • Sama seperti dam aji, permainan ini juga digemari oleh kanak-kanak lelaki. Tetapi lelaki dewasa tidak menggemarinya.
  • Cara susunan buah dam adalah sama seperti permainan dam aji. Cuma cara dan peraturannya ada sedikit perbezaan.
  • Pemain dimestikan makan buah dam pihak lawan jika ada peluang.
  • Sekiranya pemain tidak makan buah dam milik lawannya sama ada dengan sengaja atau pun tidak, maka buahnya akan dirampas.
  • Menariknya, apabila buah dam berstatus aji, maka buah aji ini boleh terbang dan berhenti di kesemua arah.
  • Pemain yang berjaya memakan kesemua buah dam milik lawannya dianggap memenangi permainan ini.

"Congkak"








17. Congkak
  • Permainan individu ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Selain kanak-kanak, perempuan dewasa termasuklah ibu-ibu dan nenek-nenek juga menggemari permainan ini.
  • Guli, batu kerikil kecil ataupun biji getah dijadikan buah congkak.
  • Pemain menggali lubang bagi membuat gelanggang permainan.
  • Setiap pemain memasukkan 7 biji buah congkak ke dalam setiap lubang congkak.
  • Permainan dimulakan serentak dan setiap pemain berusaha menambah bilangan buah congkak di dalam lubang rumah masing-masing.
  • Permainan berterusan sehinggalah tiada lagi buah congkak berada di dalam lubang di kampung masing-masing.
  • Permainan ini mengambil masa yang agak lama dan pemain yang berjaya memungut buah congkak yang paling banyak dianggap memenangi permainan ini.

"Lompat Getah"








18. Lompat Getah
  • Kanak-kanak perempuan menggemari permainan ini. Manakala kanak-kanak lelaki tidak meminatinya dan mereka lebih gemar membuat onar.
  • Getah gelang dijalin menjadi rantaian getah yang panjang.
  • Kemudian kesemua pemain melakukan undian bagi menentukan giliran untuk tempat pertama, kedua dan seterusnya. Pemain yang kalah di dalam undian ini akan mengambil giliran di tempat yang terakhir.
  • Dua orang pemain ditugaskan memegang kedua belah hujung rantaian getah. Manakala pemain giliran pertama memulakan permainan dengan cara melompat melepasi rantaian getah yang dipegang oleh rakan mereka.
  • Kedudukan getah dinaikkan mengikut tahap permainan yang telah ditetapkan.
  • Jika pemain pertama gagal melepasi tahap permainan tertentu, maka pemain ini dikira mati dan giliran seterusnya diberikan kepada pemain yang berikutnya.

"Lawan Bola"







19. Lawan Bola
  • Permainan individu ini dimainkan di kawasan anjung rumah ataupun di dalam rumah.
  • Pemain perlu menyediakan peralatan permainan termasuklah bola kertas, pemain, gol serta padang permainan.
  • Kedua-dua pemain menyusun kedudukan pemain masing-masing.
  • Memulakan sepakan bola dengan cara menjentik pemain ataupun menepuk pemain.
  • Jika tepukannya baik, bola meluncur laju ke arah gol.
  • Kedua-dua pemain berusaha mengalahkan lawan masing-masing dengan cara menyumbat gol.
  • Pemain yang berjaya menjaringkan gol paling banyak dianggap memenangi permainan ini.

"Gasing"










20. Gasing
  • Permainan individu ini dimainkan di kawasan halaman rumah.
  • Membuat satu bulatan dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.
  • Melakukan penentuan giliran dengan cara setiap pemain melontar gasing masing-masing ke arah garisan penentuan. Gasing yang jatuh paling hampir dengan garisan penanda serta berpusing akan mengambil giliran di tempat pertama.
  • Manakala gasing yang jatuh paling jauh daripada garisan penanda atau gasingnya tidak berpusing dijadikan sebagai gasing penahan.
  • Pemain pertama memulakan permainan dengan cara memangkah gasing penahan yang berada di dalam bulatan.
  • Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran melilit gasing, menjatuh dan memusingkan gasing.


Sunday 25 November 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Tahun 4)



Tarikh                                      :           21 September 2012 / Jumaat    
Masa                                       :           9.30 – 10.00 pagi
Tahun                                      :           4B
Bilangan pelajar                      :           33 orang
Mata pelajaran                        :           Bahasa Malaysia
Tajuk pengajaran                    :           Membersihkan Bilik Darjah (Gambar Tunggal)

Fokus Utama / Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
8.1    Membina dan menulis  perkataan, 
          ayat tunggal, dan ayat majmuk.

Aras 1:
Menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik.

Objektif pelajaran        :           Pada akhir pelajaran diharap murid-murid dapat:
1.    Menyatakan kata kerja berpandukan gambar.
2.    Membina dan menulis lima ayat tunggal dan ayat majmuk
     berdasarkan gambar.

Pengetahuan Sedia Ada         :           1.   Kebanyakan murid telah mempunyai pengalaman
                                                                  membersihkan kelas.
2.       Murid-murid telah mempelajari ayat tunggal dan ayat
       majmuk.

Bahan  Bantu Mengajar          :          Komputer, LCD, Visualiser, Microsoft Powerpoint,
                                                           Lembaran Kerja

Kemahiran Bahasa                 :           Kemahiran mendengar, bertutur (lisan), menulis dan
                                                            membaca.

Sistem Bahasa                        :           Sintaksis (membina ayat tunggal)

                                                            Nilai     –          bekerjasama, menjaga kebersihan, rajin,
                                                                                     dan bertanggungjawab.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):  
1.        Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK):  membuat
       kaitan dan perhubungan, menjana idea
2.        Pembelajaran kontekstual
3.        Pembelajaran kolaboratif

Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set
Induksi
(3 minit)

Gambar Tunggal :
Menunggang Basikal








Guru menayangkan slaid powerpoint dan mengemukakan soalan kepada murid:

1. Apakah yang dilakukan  
    oleh budak-budak itu? 

2. Ke manakah mereka
    pergi ?

3. Mengapakah kamu kata  
    mereka pergi ke  
    sekolah?


4. Setelah masuk ke 
    dalam kelas, apakah 
    yang dilakukan oleh 
    murid-murid?


Murid memberi respon.



- menunggang 
  basikal

- ke sekolah


- berpakaian  
  seragam
  sekolah, membawa  
  beg sekolah

- membersihkan bilik
   darjah, 
   menghantar  
   kerja sekolah

BBM:
Slaid powerpoint

Kaedah menyoal

Kemahiran Bahasa:
Bertutur (Lisan)

KBT:
KBKK

Langkah 1
(8 minit)

Gambar Tunggal :
Membersihkan
 Bilik Darjah



Guru menayangkan gambar  dan menjelaskan tajuk pelajaran pada hari ini,  iaitu “Membersihkan Bilik Darjah”.

Murid diminta meneliti gambar yang ditayangkan.

Guru membimbing murid-murid menceritakan aktiviti berdasarkan gambar tunggal  yang ditayangkan.

Soalan:
Berdasarkan gambar ini, apakah aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid di dalam bilik darjah?







Guru membimbing murid-murid membaca rangkai kata dan frasa yang dipaparkan dengan  kuat dan tepat secara kelas.



Murid-murid memerhati  gambar tunggal dengan teliti.






Murid-murid menjawab soalan guru secara rawak.


Aktiviti-aktiviti berdasarkan gambar:

- Menyapu sampah
- Memadam papan  
  tulis
- Membuang sampah
- Mengelap cermin
  tingkap
- Menyusun meja 
  dan kerusi

Murid-murid membaca rangkai kata dan frasa yang dipaparkan oleh guru dengan kuat dan tepat secara kelas.


BBM:
Slaid powerpoint

Kaedah menyoal

Kemahiran Bahasa:
Lisan

Nilai Murni:
Teliti

KBT:
KBKK

Langkah 2
(8 minit)

Aktiviti kumpulan


i) Guru mengarahkan 
   murid bergerak dan  
   duduk dalam  
   kumpulan yang telah 
   sedia diketahui oleh 
   murid.

ii) Guru mengedarkan 
    kertas kepada setiap 
    kumpulan.




iii) Guru memberikan 
     arahan kepada 
     kumpulan murid.

a. Setiap kumpulan
     pilih seorang ketua 
     dan seorang
     pencatat. 


b. Bincang dan bina
    ayat berdasarkan
    gambar dan
    rangkai kata yang
    dipamerkan.
      
        c. Pencatat diminta
            menuliskan ayat
            yang lengkap 
            dalam kertas yang   
            diedarkan.


i) Murid bergerak  
   dan duduk dalam  
   kumpulan masing-
   masing.



ii) Ketua kumpulan
mengambil
lembaran kerja   
yang diberikan  
oleh guru.


iii)  Murid  
      melaksanakan
      arahan guru.
a. Murid-murid   
    melantik ketua
    dan pencatat
    bagi kumpulan
    masing-masing.
    

b. Murid berbincang 
     dalam kumpulan.
   
     


c. Pencatat akan
    menuliskan  
    ayat yang telah
    dikemukakan 
    oleh ahli      
     kumpulan.


BBM:
Slaid  
Gambar 
Tunggal

Lembaran Kerja

KBT:
Pembelajaran Kolaboratif.

Kemahiran Bahasa:
Lisan dan tulisan

Nilai Murni:
Bekerjasama, hormat-menghormati, bertanggung-jawab


Langkah 3
(8 minit)


Pembentangan hasil perbincangan.


Guru meminta ketua kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan.

Guru memberi bimbingan serta membetulkan ayat yang dibina itu.

Ketua kumpulan membacakan ayat-ayat hasil perbincangan  ahli kumpulan
masing-masing.

Kemahiran Bahasa:
Bacaan

Nilai Murni:
Bertanggung-jawab


Penutup
(3 minit)

Gambar Tunggal :
Membersihkan
 Bilik Darjah


1. Rumusan isi pelajaran
i)   Guru membimbing 
     murid membuat 
     rumusan tentang apa  
     yang telah dipelajari.
a.   Guru bertanyakan murid-murid tentang apakah yang telah mereka pelajari pada hari ini.
b.   Guru meminta murid menyenaraikan rangkai kata yang dipelajari.










2. Rumusan nilai murni:
Guru bersoal jawab
dengan murid tentang 
nilai murni yang boleh
diamalkan semasa
menjalankan aktiviti di
dalam kelas.

3. Guru mengedarkan lembaran kerja pengukuhan kepada setiap murid sebagai tugasan di rumah.







a) Murid menjawab
    soalan guru.




b) Murid
    menyenaraikan
rangkai kata yang
telah dipelajari.
- Menyapu sampah
- Memadam papan
  tulis
- Membuang 
  sampah
- Mengelap cermin
  tingkap
- Menyusun meja 
  dan kerusi
       

Murid menyenaraikan nilai murni yang boleh diamalkan semasa menjalankan aktiviti di dalam kelas.


 Murid berjanji akan menyiapkan tugasan dan hantar pada hari esok.





BBM:
-  Slaid  
   Gambar 
   Tunggal
-  Lembaran 
   Kerja
   (aktiviti  
   pengukuhan)

Nilai Murni:
Menjaga kebersihan,
Bekerjasama,
Rajin,
Bertanggung-jawab