Thursday 11 October 2012

Latihan Nilai Murni 1


Baca dan faham. Kemudian nyatakan nilai murni bagi ayat-ayat yang diberi.

Bil
Ayat
Nilai murni
1
Siti membuang sampah di tempat yang betul.

2
Siti mematuhi peraturan ketika berada di perpustakaan.

3
Kasim dan rakannya menunggang basikal secara berturutan.

4
Kasim membahagi-bahagikan masa antara pelajaran dan sukan.

5
Kasim menjaga adik selepas pulang dari sekolah.

6
Kasim meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan.

7
Ravi melaporkan kepada guru mengenai perbuatan Abu yang jahat.

8
Ravi menjaga tutur kata agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

9
Ravi berpakaian kemas dan datang awal ke sekolah.

10
Ravi memberi salam dan mengucapkan selamat pagi kepada ibu bapanya.


*Cuba jawab dan rujuk jawapan anda dalam komen. 

2 comments:

  1. Jawapan:

    Bil Nilai murni
    1 menjaga kebersihan
    2 berdisiplin
    3 menjaga keselamatan
    4 menghargai masa
    5 bertanggungjawab
    6 insaf / berani
    7 berani / bertanggungjawab
    8 bersopan
    9 menepati masa / berdisiplin
    10 bersopan / tahu menghormati

    ReplyDelete
  2. Cikgu, minta izin gunakan bahan cikgu untuk pdp ya. T kasih cikgu.

    ReplyDelete