Thursday 13 December 2012

New Online Assessment
Saturday, December 08, 2012
Posted By : Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim
Attachment :

New Online Assessment has been sent - Latihan. Click Here.
 Latihan ini disediakan sebagai persediaan bagi peperiksaan akhir KRT3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah bagi Semester 2 Sesi 2012/2013. Latihan ini TIDAK AKAN DIAMBILKIRA dalam pemarkahan bagi kursus ini. Ianya hanya untuk memaparkan bentuk soalan yang bakal ditempuhi kelak.
Terdapat 15 soalan aneka pilihan bagi latihan ini. dan anda diberi masa 10 minit untuk menjawab. Semoga berjaya!



 From 2012-12-10 08:16:48 To 2012-12-24 00:25:00 

PERTAMBAHAN MAKLUMAT KUMPULAN e-LEARNING PADA SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN

PERTAMBAHAN MAKLUMAT KUMPULAN e-LEARNING PADA SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Wednesday, December 12, 2012
Posted By : Siti Nadiah Halimah binti Md Shah
Attachment :



Terdapat pertambahan maklumat kumpulan E-Learning pada slip menduduki peperiksaan akhir untuk semester 1 2012/2013. Pelajar dimohon untuk mencetak semula slip menduduki peperiksaan yang terkini di http://mysis.upsi.edu.my. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian untuk makluman.
Unit Peperiksaan PJJ


Monday 10 December 2012

Bidalan 1

Bidalan ialah susunan kata-kata berbentuk perbandingan yang mengandungi nasihat, teladan dan pengajaran secara tersirat. Bidalan tidak dimulai dengan kata "bagai, ibarat, seperti atau umpama".

Bubble Writing Creator
Genggam bara api biar sampai jadi abu : Kesungguhan sangat penting bagi menyelesaikan sesuatu pekerjaan.

Bubble Writing Creator
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam : Jika rajin berusaha, orang yang bodoh pun akan menjadi pandai.

Sunday 9 December 2012

Majlis Kesyukuran

Majlis Kesyukuran
Tarikh : 22.10.2012
Kelas  : 3M, 3K, 3B









 



 





Imbas kembali 

aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun























Thursday 6 December 2012

Perumpamaan 1


Perumpamaan ialah ungkapan berbentuk perbandingan atau kiasan yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud secara berhemah dan tersirat.

Perumpamaan ditandai dengan kata “umpama, bagai, laksana, seperti dan ibarat”.

Perumpamaan “A”

Perumpamaan
Maksud
Ayat Contoh
Abu di atas tunggul
Kedudukan yang tidak tetap.
Pendatang itu umpama abu di atas tunggul, bila-bila sahaja boleh dihantar pulang ke negaranya.
Anak ayam kehilangan ibu
Bercerai-berai kerana kehilangan ketua.
Sejak ketiadaan pengurusnya, pekerja syarikat itu bagai anak ayam kehilangan ibu.
Anjing dengan kucing
Orang yang selalu bertengkar
Ali dan Abu seperti anjing dengan kucing kerana mereka mesti bertengkar apabila bertemu.
Api dalam sekam
Perbuatan jahat yang tersembunyi.
Penjahat itu seperti api dalam sekam kerana berjaya mengaburi mata masyarakat tentang kegiatannya.
Aur dengan tebing
Orang yang hidup bermuafakat, saling menolong
Mereka sentiasa bekerjasama seperti aur dengan tebing.
Ayam disambar helang
Orang yang hilang tiba-tiba
Tiba-tiba sahaja pendatang asing itu menghilang bagai ayam disambar helang.