Perumpamaan ialah ungkapan berbentuk perbandingan atau
kiasan yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud secara berhemah dan
tersirat.
Perumpamaan ditandai dengan kata “umpama, bagai, laksana, seperti dan ibarat”.
Perumpamaan “A”
Perumpamaan 
 | 
  
Maksud 
 | 
  
Ayat Contoh 
 | 
 
Abu di
  atas tunggul 
 | 
  
Kedudukan yang
  tidak tetap. 
 | 
  
Pendatang itu
  umpama abu di
  atas tunggul, bila-bila sahaja boleh dihantar pulang ke negaranya. 
 | 
 
Anak ayam
  kehilangan ibu 
 | 
  
Bercerai-berai
  kerana kehilangan ketua. 
 | 
  
Sejak
  ketiadaan pengurusnya, pekerja syarikat itu bagai anak ayam kehilangan ibu. 
 | 
 
Anjing
  dengan kucing  
 | 
  
Orang yang
  selalu bertengkar 
 | 
  
Ali dan
  Abu seperti anjing
  dengan kucing kerana mereka mesti bertengkar apabila bertemu. 
 | 
 
Api dalam
  sekam 
 | 
  
Perbuatan jahat
  yang tersembunyi. 
 | 
  
Penjahat itu
  seperti api
  dalam sekam kerana berjaya mengaburi mata masyarakat tentang
  kegiatannya. 
 | 
 
Aur dengan
  tebing 
 | 
  
Orang yang
  hidup bermuafakat, saling menolong 
 | 
  
Mereka sentiasa
  bekerjasama seperti
  aur dengan tebing. 
 | 
 
Ayam disambar
  helang 
 | 
  
Orang yang
  hilang tiba-tiba 
 | 
  
Tiba-tiba
  sahaja pendatang asing itu menghilang bagai ayam disambar helang. 
 | 
 










Terima kasih atas berkongsian maklumat.
ReplyDelete