Thursday 6 December 2012

Perumpamaan 1


Perumpamaan ialah ungkapan berbentuk perbandingan atau kiasan yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud secara berhemah dan tersirat.

Perumpamaan ditandai dengan kata “umpama, bagai, laksana, seperti dan ibarat”.

Perumpamaan “A”

Perumpamaan
Maksud
Ayat Contoh
Abu di atas tunggul
Kedudukan yang tidak tetap.
Pendatang itu umpama abu di atas tunggul, bila-bila sahaja boleh dihantar pulang ke negaranya.
Anak ayam kehilangan ibu
Bercerai-berai kerana kehilangan ketua.
Sejak ketiadaan pengurusnya, pekerja syarikat itu bagai anak ayam kehilangan ibu.
Anjing dengan kucing
Orang yang selalu bertengkar
Ali dan Abu seperti anjing dengan kucing kerana mereka mesti bertengkar apabila bertemu.
Api dalam sekam
Perbuatan jahat yang tersembunyi.
Penjahat itu seperti api dalam sekam kerana berjaya mengaburi mata masyarakat tentang kegiatannya.
Aur dengan tebing
Orang yang hidup bermuafakat, saling menolong
Mereka sentiasa bekerjasama seperti aur dengan tebing.
Ayam disambar helang
Orang yang hilang tiba-tiba
Tiba-tiba sahaja pendatang asing itu menghilang bagai ayam disambar helang.

1 comment: